top of page

Daripada Kejayaan kepada Masa Depan: Bakery China 2025 Labuh Tirai, Persiap untuk Babak Akan Datang

  • Writer: E News
    E News
  • 5 days ago
  • 2 min read

SHANGHAI, 28 Mei 2025 /PRNewswire/ -- Bakery China 2025 melabuhkan tirai acara yang berlangsung selama empat hari yang mencipta rekod pada 22 Mei 2025 di National Exhibition and Convention Center (NECC) di Shanghai, lantas mengesahkan sekali lagi statusnya sebagai acara antarabangsa yang terkemuka bagi pembangunan perniagaan dan inovasi industri dalam sektor membuat reroti dan konfeksioneri. Acara ini membawakan pemahaman berpandangan jauh melalui pengalaman amali yang imersif dan memupuk hubungan industri global, menghimpunkan kepimpinan pemikiran Cina dan antarabangsa demi membentuk masa depan bidang ini.



Inovasi Menjadi Tumpuan Merentas Rantaian Bekalan Penuh 


Diadakan menerusi tema Memperkasakan Inovasi, Merapatkan Dunia, Membina Masa Depan (Empowering Innovation, Bridging the Globe, Building the Future), edisi pada tahun ini menghimpunkan lebih daripada 2,200 peserta pameran yang memperkenalkan lebih 10,000 inovasi merentas:


  • Teknologi ramuan

  • Sistem membuat reroti pintar

  • Rumusan berorientasikan kesihatan

  • Penyelesaian pembungkusan mesra alam

  • Alatan digital untuk transformasi perniagaan


Pameran ini mempelopori demonstrasi "senario dunia sebenar" yang interaktif termasuk:


  • Barisan pengeluaran automatik didayakan AI

  • Sesi rasa secara langsung makanan bakar rendah glisemik

  • Pengalaman membuat reroti realiti terimbuh (AR).


Pendekatan secara amali mengubah tempat ini menjadi sebuah makmal inovasi yang dinamik, lantas mempercepat anjakan industri ini daripada model volum tinggi kepada penyelesaian dipacu nilai yang berfokuskan kualiti.


Kemunculan Sulung "Koridor Bakeri Jalur dan Jalan" Memperkukuh Keterlibatan Global


Dengan memperkukuh peranannya sebagai hab inovasi global, Bakery China 2025 melancarkan "Koridor Bakeri Jalur dan Jalan" utamanya yang menyoroti pertukaran silang budaya melalui ramuan istimewa, teknik warisan dan gabungan masakan Timur-bertemu-Barat.


Pameran ini menarik minat pembeli profesional dari lebih 130 negara dan wilayah, memudahkan lebih 3,000 sesi pemadanan perniagaan, termasuk:


  • Rundingan perdagangan global

  • Sidang kemuncak penyumberan pasar raya

  • Forum perkongsian e-dagang


Acara pada tahun ini memantapkan lagi kedudukan Bakery China sebagai platform yang terkemuka di dunia untuk perdagangan dan kolaborasi bakeri rentas sempadan.


Memajukan Industri Melalui Pendidikan, Pertandingan dan Zon Dipacu Pengalaman


Bakery China 2025 memantapkan kedudukannya sebagai hab perkongsian ilmu terulung dalam industri ini yang menggabungkan pertandingan kepentingan tinggi, forum diterajui pakar dan zon inovasi amali bagi mendorong kemajuan bakeri global.


Pertandingan Industri Meningkatkan Standard


Acara-acara menonjol termasuk:

  • Top Patissier of Asia 2025, dianjurkan melalui perkongsian bersama persatuan-persatuan bakeri yang terkemuka dari China, Jepun dan Korea Selatan

  • Kelayakan pusingan akhir peringkat kebangsaan bagi Bakery World Cup dan World Pastry Cup

  • Pertandingan bakat baru muncul bagi piza kecil-kecilan, kopi istimewa dan seni pastri generasi akan datang


Forum Kepimpinan Pemikiran


Lebih 20 sesi persidangan menumpukan pada topik-topik kritikal dalam seluruh rantaian nilai:

  • Penyelesaian runcit dikuasakan AI

  • Kemajuan dalam pembungkusan lestari

  • Strategi transformasi digital hujung-ke-hujung

  • Analisis landskap kawal atur


Beratus-ratus pakar industri memberikan pandangan yang boleh diambil tindakan, menarik kehadiran mencatat rekod daripada pembuat keputusan kanan dan ahli profesional.


Inovasi Imersif Dipamerkan


Zon-zon khas membawakan pembelajaran berasaskan pengalaman:


  • Ceramah Inovasi Bakery China – Menyoroti syarikat pemula disruptif dan teknologi baru muncul

  • Koridor Bakeri Jalur dan Jalan – Suatu perjalanan masak-memasak melalui tradisi membuat reroti global

  • Festival Roti & Kopi ke-7 – Pengalaman berhadapan dengan pengguna mendorong kesedaran kategori


Bakery China terus menetapkan agenda demi masa depan industri ini. Penyertaan mencatat rekod pada tahun ini menunjukkan peranan acara ini yang semakin meningkat dalam membentuk standard global melalui kolaborasi terbuka dan kepimpinan teknologi.

Comments


  • Youtube
  • Facebook
  • X
  • TikTok
  • Instagram

© 2025 Life News Agency

bottom of page